Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah
pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il
telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya bertambah kuat di
dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama
adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni mebuang air
besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda
s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan
sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya
Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi
aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!". Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya (bahan bakar) dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."

Peristiwa
yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi,
tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah,
maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan
darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah
dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus, Nabi Muhammad
s.a.w. berkata, "Hendak mengapakah kamu terhadap unta itu ?" Jawab
orang kampung itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harga
yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mahu jinak, maka akan
kupotong saja dan akan ku manfaatkan dagingnya (kuberikan kepada
orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah s.a.w. bertanya, "Mengapa
engkau mendurhakai dia ?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku
tidak mendurhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku
menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang
dia termasuk di dalam golongannya, sama-sama tidur meninggalkan solat
Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan
solat Isya' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab
aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku
berada di antara mereka."
Akhirnya
Nabi Muhammad s.a.w. mengambil perjanjian orang Arab kampung itu,
bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi
Muhammad s.a.w. menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali
kepada keluarganya

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan tulis komentar anda !!