Sebuah hadis diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa
Baginda S.A.W. bersabda: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada
tujuh puluh satu golongan (ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan
daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka.
Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, tujuh
puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satu golongan dalam
syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya,
benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, satu
golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam
neraka'
Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah".
Termasuk
ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan
golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para
pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan Daud
Zahiri.
Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32
disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu
ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.
Pertama,
kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka
sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman.
Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan.
Kedua,
golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali
r.a. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka,
orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini
kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan.
Ketiga,
kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai
sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan
bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan
bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga
dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah
dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh
golongan.
Keempatnya
ialah kaum Murji'ah (seperti paham kristen) yang mempunyai pegangan
bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudarat
bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka
kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga.
Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.
Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang
mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan
Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat. Mereka berpecah kepada tiga aliran.
Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang
mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau
ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada satu
golongan sahaja.
Ketujuhnya
ialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan
mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya
Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun
tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. Dengan
itu maka jumlah mereka semua adalah tujuh puluh dua golongan.
Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli' Sunnah wal-Jama'ah.
Sebagai
reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya
berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah
yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh
Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu
'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja,
yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan
Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah?
Lihatlah
golongan ke-7.. apa pendapat saudara....??? Pintu taubat masih terbuka.
Jgn saudara termasuk dlm golongan ke-7 di atas.






Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan tulis komentar anda !!